Monday 1 September 2014

Welcome to KYUEM!

Assalamualaikum & a good day peeps! :D

Today I would like to talk about my beloved college.



The only way in or out, is via North-South Expressway E1
(Lembah Beringin exit)


It is Kolej Yayasan UEM, situated in Lembah Beringin, around 70 km from Kuala Lumpur, the capital city of Malaysia. The college offers Cambridge International A-Level programme for 24 months and the enrolment is on July/August every year. (In the past there was a January intake for an 18-month programme but starting from next year, there will be no such intake). Since the cost is quite high (RM86k/24 months), therefore most of the students are sponsored (60-70%) while others are private students/self-sponsored.

SPONSORING BODIES

  1. JPA (National Scholars)
  2. MOE Bursary
  3. JPA-MARA
  4. Maybank
  5. Bank Negara (BNM)
  6. Petronas
  7. Permodalan Nasional Berhad (PNB)
  8. Yayasan UEM
  9. Yayasan Khazanah
  10. Yayasan Tenaga Nasional
  11. Yayasan Sime Darby
  12. Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB)
  13. Felda Global Ventures (FGV)
  14. Felda Holdings
  15. NCB Holdings
  16. Securities Commissions
  17. MMC
  18. Astro
  19. Yayasan Telekom Malaysia (TM)
  20. Yayasan Terengganu
  21. Other state Islamic organizations
which totally add up to around 240+ students for my batch. Our batch is codenamed as batch 17.0.

SUBJECTS OFFERED
Students can choose 3 to 4 subjects combination for A Levels. The subjects offered are:
  1. Accounting
  2. Economics
  3. History
  4. English Literature
  5. Mathematics
  6. Further Mathematics
  7. Physics
  8. Chemistry
  9. Biology
  10. Psychology
  11. Marine Science
Also students need to take English IELTS test for university admissions as well as Malaysian compulsory subjects which are:
  1. Malaysian Studies
  2. Islamic Studies
  3. Malay Language - for O-Level candidates
Students are also grouped according to sport houses; Garnet, Diamond, Topaz and Sapphire. Almost all activities in KYUEM are interhouse activities; therefore the house spirit is quite high. 

Anyway, see you guys soon!

Saturday 23 August 2014

Biasiswa PNB (Permodalan Nasional Berhad)

Assalamualaikum.

Warga PNB sekurang-kurang hingga hujung 2027 insya-Allah (termasuk bond kerja)


Alhamdulillah pada 17 Julai 2014 lalu saya telah mendapat tawaran biasiswa daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk bidang perakaunan & kewangan. Jadi post kat sini cuma nak cerita sikit sebanyak proses sebelum mendapat biasiswa PNB ni, khususnya untuk calon-calon SPM 2014.

Step 1: Borang permohonan
Prinsip mudah, apa-apa permohonan biasiswa pun perlu hantar application dulu. Selain PNB, hantar juga permohonan ke pihak lain yang turut menawarkan biasiswa, mengikut bidang pilihan anda.
NEVER send your application without knowing your field of study. Maksudnya pilih bidang tu betul betul, barulah apply dan bukannya apply kerana biasiswa semata-mata.

Bidang ditawarkan (seperti sesi 2014):


  • Accountancy & Finance
  • Actuarial Science
  • Economics
  • Mathematics & Economics
  • Mathematics & Statistics
  • Mathematics & Statistics (Finance)
  • Law
  • Risk Management
  • Hospitality Management
  • Property
  • Creative Writing
  • Information Technology


Syarat-syarat permohonan (mengikut 2014):
  • Minimum 8A (A+ dan A) dalam SPM
  • Minimum gred 2A dalam English GCE-O 1119, SPM
  • Tidak lebih 19 tahun pada tahun semasa
  • Aktif kokurikulum
  • Kemahiran berkomunikasi
  • Tiada ahli keluarga terdekat yang pernah atau sedang menerima anugerah biasiswa tajaan PNB. (one person per family policy)
Print borang tu dan isi. Tulis tangan ye. Pastikan semua dokumen disertakan dengan lengkap. Contoh borang bagi tahun 2014 (untuk SPM 2013) ada di sini.

Oh ya selalunya biasiswa PNB akan mula dibuka permohonan agak lambat sedikit (hujung bulan April), dan pastikan follow update di website PNB selepas keputusan SPM.


Step 2: Ujian Bertulis 
You guys akan buat ujian bertulis mengikut zon masing-masing tau. Macam zon Utara, last year buat di IPG Tuanku Bainun. Ujian ni akan melibatkan bahasa Inggeris & Matematik. Lepas ujian ni masuk step 3.

Step 3: Information & Verification Session
Akan dibuat di Menara PNB, Kuala Lumpur. Masa ni dah selangkah nak dapat biasiswa & pada waktu ni gak ramai dah masuk kolej/matriks/universiti dll. Cuma kalau tak datang memang tak dapat lah bro. So hadirkan diri & pastikan bawa segala dokumen yang diarahkan.



Step 4: Tawaran.
Dapat biasiswa ni, korang akan buat A-Level di Kolej Yayasan UEM di Lembah Beringin. Not to brag, but it is the top A-Level college in Malaysia. Juga ada senarai universiti yang akan ditaja oleh PNB. Selepas tu korang akan secure kerja dengan PNB selama at least 8 tahun, kalau berjaya dengan cemerlang.

Nak tau lebih lanjut? Haa wait for my next post.

Till then, goodbye and may peace be upon you :) 

Saturday 2 August 2014

KYS Business School, Melaka: Sekilas Pandang

UPDATE 03 MEI 2017:
Maklumat ini benar setakat Julai 2014 sahaja. Penulis hanya berkesempatan belajar di kolej ini selama dua minggu sebelum berpindah ke KYUEM dan seterusnya ke United Kingdom.

Oleh hal yang demikian, soalan-soalan yang terlalu detail mungkin tidak dapat dijawab sebaiknya oleh penulis.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebelum mula, aku just nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua readers.

So post ini berkaitan dengan KYS Business School atau singkatannya KYSB, iaitu satu kolej universiti ditubuhkan bermula Julai 2013 oleh Tan Sri Wira Halim Saad, ahli korporat Malaysia untuk melatih anak-anak Bumiputera menjadi Akauntan Bertauliah, memandangkan kerajaan mensasarkan sebanyak 60 000 akauntan bertauliah menjelang 2020.

Walau bagaimanapun, pengalaman aku cuma sempat selama dua minggu sahaja kerana mendapat tawaran lain untuk meneruskan pengajian di peringkat A-Level di Kolej Yayasan UEM (KYUEM).

Tujuan penubuhan?
Untuk melatih anak-anak Bumiputera kita ni menjadi Chartered Accountant (Akauntan Bertauliah) melalui program New Zealand Chartered Accountancy Pathway (NZCAP) melalui program berkembar dan kerjasama dengan tiga universiti di New Zealand iaitu:
  • The University of Auckland
  • Victoria University of Wellington
  • University of Canterbury, Christchurch.
Lokasi?
Kolej ini ditubuhkan di Ayer Keroh, Melaka.

Bagaimana dengan perjalanan program?
Program ini dijalankan secara berkembar, 2 tahun di Melaka dan 2 tahun di New Zealand. Secara ringkas perjalanan program ini seperti berikut, selama empat (4) tahun pengajian.
Peringkat pengajian di Malaysia menggunakan sistem trimester, iaitu tiga penggal pengajian dalam setahun. (bukan trimester peringkat orang mengandung ye!)

  • Foundation (asasi) selama satu (1) tahun
  • Ijazah Bachelor of Commerce (BCom) satu (1) tahun di Melaka
  • Baki dua (2) tahun lagi di tiga universiti (rujuk list di atas) di New Zealand.
Setelah mendapat ijazah pertama, anda akan menjadi Provisional Member untuk New Zealand Institute of Chartered Accountants (NZICA) dan bolehlah memohon kerja sama ada di Malaysia, Australia atau New Zealand untuk sekurang-kurangnya tiga (3) tahun serta menduduki peperiksaan bagi mendapatkan keahlian untuk NZICA.

Subjek yang kitorang akan belajar?
Untuk ijazah; kena explore sikit sebab saya sendiri ada sekejap je kat KYSB ni. Tapi untuk foundation, ini senarai subjek:

  • Trimester 1: Statistics, Academic Writing, Malaysian Studies
  • Trimester 2: Mathematics I, Business English, Economics, Islamic Studies.
  • Trimester 3: Research & Writing, Accounting, Mathematics II, Islamic Studies.
Semua diajar dlm bahasa Inggeris oleh pengajar dari New Zealand, kecuali Malaysian Studies & Islamic Studies dalam bahasa Melayu dan pengajar tempatan (Malaysia).

Cara apply masuk?
Dua kali ambilan setahun; Februari (result trial SPM) dan Julai. Tak pasti 2015 dan seterusnyamacam mana.Apa pun, boleh berhubung di kysbmelaka@gmail.com.

Saya cadangkan, buat dua permohonan. Satu ke pihak kolej dan satu ke pihak MARA, semasa permohonan eduloan SPM dibuka. Kalau nak apply terus ke pihak MARA boleh gak tapi lepas tu anda akan pergi taklimat dan seterusnya temuduga; sebagai satu proses formaliti di pihak KYSB, barulah diberi surat tawaran oleh pihak kolej (note: surat tawaran MARA lain cerita)

Ada scholarship tak?
Setakat ni, semua pelajar mendapat pinjaman pelajaran MARA tetapi terdapat sedikit kumpulan pelajar ambilan Julai 2014 yang mendapat biasiswa daripada JPA.

Life kat sana? Okay tak?
15 hari di sana memang sekejap sangat, lagi2 bulan puasa. Macam biasa setiap kali masuk ada orientasi. Untuk intake kitorang dulu ada 3 hari orientasi; aktivitinya best; sebab akan bentuk jalinan antara batchmates. Oh ya july intake 2014 ni ada dlm 130+ pelajar.

Untuk kelas; transport disediakan dari Ayer Keroh Country Resort (kediaman pelajar) ke kampus; setakat 17 Julai 2014, peringkat foundation di Melaka Mall dan ijazah di bangunan Yayasan Melaka. Tapi untuk ijazah kena cari rumah di Melaka & transport semua tanggung sendiri.

Sistem New Zealand memang lain sangat dgn Malaysia. Korang boleh tanya je apa yang terlintas dan kena banyak berfikir di luar kotak; atau seolah-olah tiada kotak. Tenaga pengajar sangatlah friendly sesuai dengan budaya dari negara Kiwi itu.

Weekends: Setiap Sabtu akan ada transport ke Mahkota Parade-Dataran Pahlawan or MPDP.

Pengalaman paling best?
Haa aku pernah ditanya oleh pengajar New Zealand tentang ibadat puasa Ramadan. Macam ni ceritanya (dialog spontan):

"So you're not eating and drinking throughout the day?"
"Yes."
"For a month?"
"Yes, for a month"
"What time do you start eating? 7.30pm?"
"No, it depends on when the sun sets on a particular day." (i.e. azan Maghrib)
"What time does the sun sets for today?"
"In Malacca, the sun sets around 7.25pm for today. We do fast from the dawn to the sunset, which is around 13-14 hours here."
"When do you wake up for these fasting days? 4.30am?"
"Here at 5am we will have our pre-dawn meal."
"Oh okay, thank you!"

Jadi moral value yang aku nak sampaikan ialah; mantapkan pemahaman Islam. Ingat, setiap kita ni ialah ambassador atau duta Islam kepada seluruh masyarakat. Pada masa yang sama, cuba sampaikan mesej Islam dengan bahasa yang mudah dan difahami; semoga kumpulan sasaran kita diberi hidayah untuk kembali kepada fitrah & memeluk Islam. Sebab secara umumnya banyak masyarakat di Europe, serta Aussie & NZ masih berfikiran terbuka; dan masyarakat NZ secara umumnya sangat menghormati orang yang melaksanakan ajaran agama sebaiknya; tidak kira dia Muslim, Kristian, Yahudi dan lain-lain.

So kalau ada soalan, boleh tinggalkan komen!

Okay assalamualaikum.

Tuesday 17 June 2014

Tips Ujian Praktikal JPJ Bahagian II dan III: Kereta (Kelas D)

Assalamualaikum.

Hari ni article yang agak santai sedikit. Sebenarnya post ini saya dedikasikan untuk rakan saya yang akan buat test JPJ pada 24 Jun ni jadi apa salahnya nak share dengan you guys kan? Hahaha.

Jadi apa pun ujian ni saya nak cerita ada dua bahagian; Bahagian II: Litar dan Bahagian III: Jalan Raya.

BAHAGIAN II
Sesuai dengan nama diberi, maka ujian ini dijalankan di litar institut memandu. Ada tiga bahagian: 


  1. Mendaki bukit (Hill start/Slope test)
  2. Meletak kenderaan masuk belok (Parallel/Side parking)
  3. Pusingan tiga penjuru (Three-point turn)
Jika guna kereta Kancil, boleh hold kaki atas clutch dan kawal brek sahaja. Tak perlu tekan minyak kecuali bahagian mendaki bukit.
Jika guna kereta Viva, hold kaki atas clutch + tekan minyak sedikit. Biar ada movement. Mendaki bukit kena tekan minyak, semestinya. Kawalan brek juga.



MENDAKI BUKIT

Contoh mendaki bukit. Gambar daripada Citroen UK


Tips mendaki bukit:
  1. Mula naik cerun dengan tekan minyak sedikit dan kawal clutch iaitu lepas sedikit sedikit apabila perlu. Pastikan kedua-dua tayar hadapan kereta selari.
  2. Perhatikan tiang pertama - biasanya di sebelah kanan anda.
  3. Tekan brek kaki + clutch apabila sebaik sahaja sampai di tiang pertama. Pastikan berhenti sepenuhnya (complete stop)
  4. Tarik handbrake sepenuhnya. Boleh lepaskan kaki kanan daripada pedal brek.
  5. Jika nak lepaskan kaki kiri dari clutch, bebaskan gear (neutral - N)
  6. Periksa kedudukan tayar hadapan, adakah dalam lingkungan petak kuning atau tidak. Jika lebih 50% angkat tangan. Jika tidak, buat semula. Percubaan dua kali sahaja.
  7. Tekan clutch sepenuhnya dan masuk gear 1, jika gear di posisi N. 
  8. Jika sedia di gear 1, cukup dengan tekan pedal clutch sahaja.
  9. Tekan minyak (gas pedal) sehingga mencecah 3000-3500 rpm. Jangan lebih daripada itu, kerana boleh merosakkan enjin.
  10. Pada masa sama lepaskan clutch sedikit demi sedikit sehingga kereta terasa hendak bergerak ke hadapan. 
  11. Lepaskan handbrake; tambah sedikit acceleration/minyak.
  12. Kereta akan turun ke hadapan dengan jayanya. 
Secara praktikalnya anda perlu belajar dengan pengajar untuk lebih memantapkan kemahiran ini. Saya pun mula mula terundur ke belakang juga.

Gagal ujian mendaki bukit apabila:
  • Roda hadapan tak berada lebih 50% di garisan kuning
  • Berundur ke belakang; roda hadapan kurang 50% di garisan kuning
  • Berlaku kemalangan/terlanggar apa sahaja benda di tempat ujian
  • Melebihi tiga minit
dan menyebabkan anda gagal ujian ini tetapi boleh mengambil ujian bahagian III.
Kalau mati enjin pada bahagian ini tiada masalah. Terus free gear, tarik handbrake dan hidupkan enjin. 



PARALLEL PARKING



Tips ujian masuk belok (Jika mati enjin masih lulus dan masa 5 minit):

  1. Gear R (undur), pastikan bahu selari dengan penanda tapak. A atau B selalunya.
  2. Stereng 2 pusingan kiri (habis)
  3. Gerakkan kereta sehingga bucu belakang kiri/tiang penanda selari dengan badan kereta
  4. Stereng 2 pusingan kanan (tayar lurus)
  5. Pastikan tayar belakang mencecah garisan parking.
  6. Stereng 2 pusingan kanan (habis)
  7. Lihat cermin sisi kanan. Jika berada di dalam garisan, berhentikan pergerakan.
  8. Stereng 2 pusingan kiri (Lurus) dan angkat tangan.
  9. Tekan clutch dan masuk gear 1. Pusing semula ke kanan 2 pusingan.
  10. Keluar dari kawasan parking TANPA melanggar garisan laluan bertentangan.
Gagal ujian ini bermakna tidak boleh membuat ujian yang seterusnya, tetapi boleh meneruskan pada bahagian III. Perlu ulang semula daripada awal untuk sesi ulangan.


THREE-POINT TURN

Pusingan 3 penjuru; gambar bermula dari bawah kiri.

Tips pusingan tiga penjuru (tiga minit; enjin mati dikira gagal):

  1. Apabila masuk ke tempat ujian, terus luruskan stereng dahulu.
  2. Pastikan bahu berada selari dengan bucu; barulah pusing stereng ke kanan 2 pusingan.
  3. Terus brek apabila kereta selari dengan bahagian hadapan.
  4. Tekan clutch; tukar gear R.
  5. Pusing stereng kiri 4 pusingan
  6. Gerakkan kereta sehingga nampak lurus di hadapan.
  7. Tukar gear 1
  8. Pusing stereng kanan 2 pusingan (lurus)
  9. Bergerak keluar dari tempat ujian.
Gagal ujian bermakna anda perlu mengulang semua bahagian ujian II apabila sesi ulangan nanti. Bahagian III boleh teruskan macam biasa.

Contoh borang penilaian:



BAHAGIAN III

Ujian jalan raya. Dibuat di jalan raya sebenar. Pastikan langkah sebelum memulakan perjalanan dibuat terlebih dahulu. Beri salam/ucapkan selamat sejahtera kepada pegawai JPJ. Tanya beliau berkenaan laluan yang akan diuji.

  1. Adjust tempat duduk
  2. Betulkan cermin pandang belakang + sisi
  3. Pakai tali pinggang keledar
  4. Pastikan gear berada dalam posisi N
  5. Hidupkan enjin JIKA belum dihidupkan.
  6. Periksa keadaan pencuci cermin dan signal serta lampu

Kemudian minta izin untuk mulakan perjalanan. Laluan saya waktu test haritu senang je sebenarnya.

Laluan 3. Laluan paling mudah. Taman Kucai-Lebuhraya BKE-Exit Lunas. Patah balik ke tempat asal. 7.06 km.
Alhamdulillah dengan sekali jalan sahaja lulus kedua-dua bahagian. Apa apa pun tips mudah:

  1. Jangan melebihi had laju
  2. Guna handbrake di tempat yang betul.
  3. Amalkan pemanduan berhemah
  4. Bagi Muslim, mulakan dengan Bismillah.
  5. SIGNAL sangat penting
  6. Panduan shift gear:
Cara 1: Kelajuan.
  • Gear 1: 0 - 20 km/h
  • Gear 2: 21 - 30 km/h
  • Gear 3: 31 - 40 km/h
  • Gear 4: 41 - 50 km/h
  • Gear 5: 51 km/h ke atas
Cara 2: RPM
  • Perlukan sedikit kemahiran.
  • Jika meter RPM mencecah 2500 - 3000 tukarlah ke gear yang lebih tinggi.
  • Jika meter RPM turun sehingga bawah 2000 tukarlah ke gear yang lebih rendah.
  • Di kawasan berbukit gunakan gear rendah.
Contoh borang ujian memandu bahagian III

Sekian sahaja, diharapkan dapat membantu you alls yang baru nak ambil lesen memandu. Kalau ada tambahan maklumat atau soalan boleh tinggalkan komen ya! Okay assalamualaikum.

adios amigos.


Tuesday 10 June 2014

Prosedur Lesen Memandu Malaysia. (Kelas B & D)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Sudah lama rasanya saya tak update blog ni memandangkan kesibukan & permohonan biasiswa serta temuduga dll. Apa pun alhamdulillah, baru sahaja mendapat tawaran daripada MARA untuk meneruskan pengajian di KYS Business School, Melaka selama dua tahun dan meneruskan baki pengajian dua tahun di New Zealand dalam bidang perakaunan.

Apa pun post hari ini berkaitan dengan proses untuk mendapatkan lesen memandu di Malaysia.

Carta alir proses mendapatkan lesen memandu di Malaysia.
(motosikal dan kereta)

Tetapi sebelum itu ada baiknya saya menerangkan kategori lesen memandu di Malaysia terlebih dahulu.

Kategorinya ialah:

A - Kenderaan orang cacat (Motosikal)
B - Motosikal, enjin ≥ 500 cc. (B Full), B1 < 500 cc, B2 < 250 cc.
C - Motosikal tiga roda
D - Motokar BTM <3500 kg
E - Motokar Berat BTM 
7500 kg, E1 untuk < 7500 kg, E2 untuk  <5000 kg.
F - Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Beroda). BTM <5000 kg (e.g. forklift)
G - Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Berantai). BTM <5000 kg
H - Traktor/Jentera Bergerak Berat (Beroda). BTM 5000 kg (e.g. traktor)
ITraktor/Jentera Bergerak Berat (Berantai). BTM 5000 kg (e.g. bulldozer)

Walau bagaimana pun post ini HANYA untuk kelas B (termasuk B2) dan D.

Berikut merupakan carta aliran prosedur.

1. PENDAFTARAN
Daftarlah untuk belajar memandu di mana-mana institut memandu yang diiktiraf JPJ dan berdekatan kediaman anda serta bincangkan kos yang berkaitan. Bincangkan juga kos jika gagal ujian komputer, ujian praktikal serta bagi yang perlu menggunakan bahasa Inggeris, lihat sama ada institut berkenaan ada menawarkan khidmat tersebut.

Macam saya dahulu daftar di Institut Memandu Kunci Rimbun, Kulim (selepas ini IMKR) sebab yang tu paling dekat dengan rumah. Saya ambil untuk kelas B2 & D (motosikal + kereta) overall RM960++, harga kompetitif juga sebenarnya.

TIPS: JANGAN bayar penuh, bayar sedikit demi sedikit. Kita tak tahu masa depan macam mana. Contohnya; terpaksa pindah tempat sebab masuk kolej/universiti. Sedangkan duit yang dibayar ialah NON-REFUNDABLE.

Macam kes saya dahulu sebab dapat offer ke IIUM pada 7 Jun sedangkan tarikh test JPJ pada 8 Jun di IMKR jadi terpaksa pindahkan tempat ujian ke Institut Memandu Jimat Canggih (JC) di Kulim juga memandangkan tarikh ujian ialah pada 1 Jun jadi terpaksa berbuat demikian, walau bagaimana pun saya hanya membayar sehingga ke peringkat QTI sahaja di IMKR dan bayaran test praktikal di JC.


2. KURIKULUM PENDIDIKAN PEMANDU (KPP)
Kursus pertama selepas mendaftar. Pastikan anda tiba awal di institut memandu pilihan. Kursus ini selama 5 jam sahaja lebih kurang (10am - 4pm termasuk rehat) dan akan diberi rehat untuk makan tengah hari + solat. Anda juga akan menerima booklet contoh soalan ujian komputer (Bahagian I)

TIPS: Pastikan anda FOKUS ketika sesi kursus ini kerana apa yang disampaikan juga akan keluar dalam ujian komputer bahagian I. Sama ada anda mengambil lesen motosikal/kereta atau kedua-duanya, pastikan anda fokus juga untuk semua bahagian soalan.

3. UJIAN TEORI - BERKOMPUTER (BAHAGIAN I)
Ujian ini akan dilaksanakan di pusat myEG atau mySpeed seluruh negara dan bukannya di institut memandu. Markah lulus untuk ujian ini ialah 42/50. Terdapat tiga bahagian iaitu:

Bahagian A: 15 soalan
Bahagian B: 25 soalan
Bahagian C: 10 soalan

Dan semasa ujian ini juga gambar anda akan diambil untuk urusan JPJ, walau bagaimana pun anda tidak akan menerima sebarang hardcopy gambar tersebut.

Masa saya buat dulu saya dapat 46/50 dengan sekali sahaja ujian.

TIPS: Baca booklet yang diberi. Bagi yang ambil kelas motosikal sahaja, JANGAN abaikan bahagian kereta dan begitu sebaliknya. Cuba untuk dapatkan 15 markah di Bahagian A, 20 markah di Bahagian B dan 8 markah di Bahagian C. Overall = 43/50. Lulus kan? 

4. KELAS PRA-L (6 JAM)
Ada baiknya saya bahagikan penerangan ini kepada dua, untuk kereta dan motosikal. Apa pun untuk kedua-duanya 3 jam kelas teori dan 3 jam amali/praktikal. Untuk yang ambil kedua-duanya anda perlu hadir ke institut memandu pada dua hari yang berlainan.

KERETA: Mempelajari komponen kereta, enjin, gear, cara menghidupkan enjin, range kelajuan untuk gear (manual) serta elemen yang akan dinilai pada Ujian Praktikal dengan JPJ.

MOTOSIKAL: Komponen motosikal, cara menunggang yang betul dan selamat, elemen ujian JPJ. Bagi yang tiada asas (saya pun tahu ada je yang dah start bawa motor..takde lesen, dan ada yang bermula dari kosong) akan ditunjukkan satu persatu. Juga boleh mulakan latihan untuk bahagian II dan III, walau bagaimanapun tak direkodkan dalam jam latihan sebab anda tak punya lesen L lagi.

TIPSJika anda diberi peluang untuk memandu kereta atau menunggang motosikal, JANGAN LEPASKAN. Belajarlah sedikit demi sedikit. Biasakan diri dengan tiga pedal (clutch, brake and gas) pada kereta. Begitu juga komponen motosikal, gear, brek kaki, clutch (khusus superbike).

5. LESEN BELAJAR MEMANDU (LDL)
Anda akan memperoleh lesen memandu L beberapa ketika selepas pra-L. Kalau nak dapat lesen L dengan lebih cepat, ambil semua dokumen diperlukan daripada institut memandu dan buat sendiri di pejabat JPJ berdekatan. Lima minit sahaja jika buat sendiri.

Peraturan pemegang lesen L:

MOTOSIKAL: Anda dibenarkan menunggang motosikal TANPA PEMBONCENG. Means, seorang sahaja. Jangan bawa orang kat belakang motor ye. Lekatkan pelekat 'L' di bahagian hadapan dan belakang motosikal.

KERETA: Anda dibenarkan memandu, HANYA menggunakan kereta institut memandu di litar institut memandu. Jika memandu di jalan raya anda perlu memandu bersama dengan pengajar yang mempunyai Sijil Pengajar Institut Memandu. Jangan pula buat kepala letak sticker L di kereta kat rumah, tak pasal2 kena saman kan.

Tempoh lesen ini ialah selama 3 bulan, walau bagaimanapun tempoh maksimum ialah selama 2 tahun (boleh renew selang 3 bulan). Selepas dua tahun anda perlu mengulang daripada awal pelajaran memandu.

Ujian praktikal JPJ hanya boleh dibuat paling awal 30 hari selepas tarikh lesen L bermula.

6. PELAJARAN MEMANDU (8 JAM minimum)
Anda akan mula belajar memandu. Bagi yang tiada basic, jangan risau. Pengajar sedia membantu anda. Cuma tolong hormat diorang ni walaupun style mengajar jenis serius, strict ke happy go lucky ke sebab for sure, diorang tak nak ada yang FAIL waktu test JPJ. Ada dua bahagian di sini: Bahagian II dan III. Saya akan tulis sedikit sahaja elemen di sini dan tunggu post seterusnya untuk penerangan lebih lanjut.

Oh ya, 8 jam tu bukan maksudnya 8 jam straight pada sehari ya. Satu hari 2 jam, atau untuk kereta jika jadual hampir penuh mungkin juga satu hari 1 jam.

Untuk motosikal boleh walk-in tetapi untuk kereta selalunya perlu booking awal-awal sebaik sahaja dapat lesen L untuk elakkan daripada lambat mula belajar. Selalunya jadual akan sibuk sikit antara bulan November hingga Mac sebab lepasan SPM akan gunakan waktu ini untuk ambil lesen memandu.

BAHAGIAN II (LITAR)

MOTOSIKAL:
  • Meniti di atas papan
  • Pusingan di antara kon (slalom)
  • Brek kecemasan
  • Pusingan 8
  • Selekoh tajam


KERETA:
  • Mendaki bukit (Hill start)
  • Pusingan tiga penjuru (Three-Point Turn)
  • Parking masuk belok/sisi (Side Parking/Parallel Parking)


BAHAGIAN III (JALAN RAYA)

MOTOSIKAL:
Nama ujian ni ujian jalan raya tetapi sebenarnya akan dibuat di litar institut memandu. Menungganglah dengan selamat ya :D dan bagi kelas B Full, akan ada satu elemen yang tak dibuat oleh penunggang kelas B2, iaitu JALAN TIDAK RATA, macam berbonggol sedikit, perlu imbangkan badan. Elemen yang dinilai secara umumnya termasuk mematuhi papan tanda jalan raya, menunggang di kiri jalan dll.

KERETA:
Dibuat di jalan raya sebenar. Setiap institut memandu akan ada dua atau tiga laluan ujian, jarak lebih kurang 6-11 kilometer. Pastinya akan ada satu laluan paling mencabar untuk ujian (jalan bukit, pusing ke kanan di jalan sibuk dll.) Bersedialah dengan segala kemungkinan.


7. UJIAN QTI (2 JAM)
Ayat mudah, ujian QTI ni macam percubaan SPM untuk calon SPM, atau peperiksaan dalaman untuk calon A-Level, IB. Kertas exam tu akan dinilai oleh guru sekolah atau institusi tu kan? Sama je dengan ujian QTI, akan dinilai oleh pengajar institut memandu itu sendiri untuk memastikan anda layak ke peringkat seterusnya, ujian praktikal JPJ.

1 jam 30 minit untuk membuat ulangkaji terakhir dan
30 minit untuk ujian.

Kalau anda atau/dan pengajar anda belum yakin anda boleh pergi ke ujian JPJ, masa nilah nak tambah jam belajar dan buat semula QTI dll. Setelah lulus bolehlah tempah tarikh untuk ujian JPJ.

8. UJIAN PRAKTIKAL JPJ
Part ni secara jujurnya pelajar memandu paling malas nak fikir. Macam macam benda difikirkan agaknya. Takut kandas la semua. Tapi jangan takut. Buat je macam latihan & QTI sebab korang dah lepas QTI kan? So buat jelah macam biasa.

Okay ujian ni sebulan dua kali di institut memandu masing masing. Kalau zaman dulu-dulu, nak ambil test kena pergi litar JPJ. Sekarang terbalik, JPJ turun padang dan buat test. 

Alhamdulillah part ni saya lulus dengan sekali ujian je walaupun markah tepat-tepat di passing mark untuk jalan raya, kategori B2 & D. Walau bagaimana pun saya dah jadi pemegang lesen sah dah sekarang :D

Nak tips? Tunggu post seterusnya. Atau lagi cepat, tinggalkan komen di bawah post ni. Kalau lulus, boleh pergi no. 9. Kalau kandas tambah jam belajar + ujian.

9. LESEN MEMANDU PERCUBAAN (PDL)
Dah lulus tu, selalunya paling awal boleh buat lesen ialah empat (4) hari selepas lulus ujian. Untuk update system JPJ dahulu. Kalau buat sendiri, on the spot siap. Tapi pastikan dokumen ujian tu ada. Kalau institut memandu mungkin seminggu dua. Sebab sistem institut memandu guna bulk application. Itu yang aku tahu la.

Lesen ni selama dua (2) tahun. Selepas tu bolehlah pergi ke JPJ untuk tukar ke Lesen Memandu Kompeten (CDL). Pastikan settle paling lewat setahun selepas tarikh akhir lesen P.


BAGAIMANAKAH PROSEDUR PINDAH INSTITUT MEMANDU?
Okay saya masukkan dalam ni sebab tak banyak website ada artikel ni. Jadi secara mudahnya:

1. Minta surat pelepasan dari Institut Memandu yang asal dan semua dokumen berkaitan
2. Selesaikan hutang yang berbaki
3. Duit yang dibayar tak akan dikembalikan.
4. Bawa surat pelepasan dan dokumen ke Institut Memandu yang baru, dan bayar yuran berkaitan.

Soalan? Boleh tinggalkan komen di bawah ni, saya akan jawab kemudian. Terima kasih.

Monday 9 June 2014

Keputusan SPM 2013

Assalamualaikum.

Ketika saya menulis entry ini, sudah empat hari berlalu sejak keputusan SPM 2013 diumumkan. Namun, saya kira masih belum terlambat untuk menulis artikel berkaitan memandangkan entry ini merupakan yang pertama.


20 Mac 2014 merupakan satu tarikh yang mungkin ditunggu-tunggu tetapi menjadi satu debaran buat 470 395 calon Sijil Pelajaran Malaysia di seluruh negara. Bermacam-macam reaksi saya temui berdasarkan apa yang saya lihat di media sosial seperti Twitter dan facebook.


"Weh cuak oh result ni, cuak tak excel je"

"Aku rasa nak off handset je hari tu, malas nak jawab kalau orang tanya apa result aku"

Namun semua itu perlulah dihadapi dengan positif. Hee :D


Apa pun, pada hari tersebut saya kembali ke sekolah iaitu Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya. Untuk makluman, sekolah ini merupakan satu antara sekolah berasrama penuh (SBP) terawal ditubuhkan iaitu pada 07 Februari 1963 di Cheras, Kuala Lumpur (berhadapan HUKM) dan juga merupakan sekolah Melayu pertama yang menawarkan aliran Tingkatan Enam.


Pada 26 April 2003 sekolah ini berpindah ke kampus sekarang di Putrajaya berdekatan pusat beli-belah Alamanda dan Kementerian Pelajaran Malaysia.



Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya

Berbalik kepada tajuk, antara yang paling dirindui tentulah rakan-rakan daripada Class of 2013, lebih dikenali dengan nama Fighters 0913. Merekalah rakan-rakan yang sangatlah membantu dan menyokong antara satu sama lain, bakal-bakal pemimpin masa hadapan.


Jadi bagi keputusan SPM 2013 Sekolah Sultan Alam Shah, seramai 68 daripada 168 pelajar berjaya memperoleh straight A (9A dan 10A), tetapi tiada seorang pun yang memperoleh sama ada 9A+ atau 10A+. Ketika itu saya sudah mula rasa debarannya *dup dap dup dap*


Menjadi nama ke-20 diumumkan, Alhamdulillah, memperoleh semua A, 6A+ 4A. 





Daripada 68 calon semua A tersebut, 21 daripadanya daripada kelas saya, 5 Bestari yang keseluruhannya berjumlah 25 orang.

Terima kasih buat para guru & asatizah yang telah memberi sepenuh tunjuk ajar, ibu yang menjadi pembakar semangat juga sahabat-sahabat Fighters 0913 yang saling menyokong antara satu sama lain.


Kepada calon yang kurang berjaya, ingatlah bahawa SPM 'is not the end of the world'. Maka teruskanlah usaha anda untuk kejayaan di peringkat seterusnya.


Ingatlah, tinggi atau rendah keputusan yang anda dapat ketika SPM 2013, keputusan di Mahsyar nanti lebih utama, menentukan tempat anda sama ada di Syurga atau Neraka. Jadi bersedialah menambah amalan dari sekarang.

Sekian. Assalamualaikum