Thursday 15 June 2017

Transaksi Tanpa Tunai Rentas Sempadan

بسم الله الرحمن الرحيم

Penulisan ringkas ini ditujukan untuk pelajar Malaysia yang pulang bercuti dari pengajian di luar negara dan juga warga Malaysia yang melancong di luar negara.

Transaksi Tanpa Tunai Rentas Sempadan - merujuk kepada cara mendapatkan kadar tukaran mata wang yang baik bagi transaksi kewangan tanpa tunai "cashless" yang tidak melibatkan mata wang tempatan. Contohnya, membeli barangan di Lazada Malaysia (dalam Ringgit) menggunakan kad debit UK atau menambah nilai kad Oyster di London (dalam Pound British) menggunakan kad debit Maybank.

Tips cukup mudah, iaitu: Pilih MATA WANG NEGARA BERKENAAN ataupun "continue without conversion". Kadang-kadang akan ada pilihan untuk membolehkan transaksi dijalankan dalam mata wang pengeluar kad (contohnya: pilihan untuk dicaj dalam Ringgit di UK atau dalam Pound di Malaysia) - abaikan sahaja. Hal ini dinamakan penukaran mata wang dinamik (dynamic currency conversion) - kadar tukaran yang dinyatakan sebenarnya ialah sekitar 5% daripada google rate, sedangkan bagi transaksi tanpa penukaran "without conversion" ialah sebanyak 0.5%, dan jika ditambah dengan caj bank (seperti kebanyakan bank UK), pun sebenarnya 3% maksimum. Masih lagi menguntungkan.

Untuk pembacaan lebih lanjut tentang dynamic currency conversion, boleh baca di sini (dalam bahasa Inggeris).

Berikut contoh bagi memudahkan kefahaman:

Pengeluaran wang dalam RM menggunakan kad debit UK.
"Continue Without Conversion" - hanya £21.78 tidak termasuk caj bank.
Jika ditambah 3% caj pun masih lebih baik, £22.43.

Untuk PayPal, pilih "Your card issuer's rate",
anda akan dapat tukaran wang yang lebih baik.
Transaksi dalam tiga mata wang berbeza.
Mata wang asal kad ini ialah Pound Sterling.

Kesimpulannya, jika anda berada di mana-mana negara, sentiasa gunakan mata wang negara berkenaan sebaiknya. Jika di Amerika Syarikat, gunakan USD. Jika di Arab Saudi, gunakan Riyal Saudi. Dan seterusnya.

Sumber pembacaan:
1) Why It Pays To Settle Up in Local Currency when Holidaying Abroad? (thisismoney.co.uk)
2) Using Plastic Overseas? Always Pay in Euros (even when it says 0% commission) (moneysavingexpert.com)
3) Here's The Simple Rule You Need to Know When Using a Foreign ATM (TransferWise)

Wan Amirul Wan Shamsir
20 Ramadan 1438