Tuesday 17 June 2014

Tips Ujian Praktikal JPJ Bahagian II dan III: Kereta (Kelas D)

Assalamualaikum.

Hari ni article yang agak santai sedikit. Sebenarnya post ini saya dedikasikan untuk rakan saya yang akan buat test JPJ pada 24 Jun ni jadi apa salahnya nak share dengan you guys kan? Hahaha.

Jadi apa pun ujian ni saya nak cerita ada dua bahagian; Bahagian II: Litar dan Bahagian III: Jalan Raya.

BAHAGIAN II
Sesuai dengan nama diberi, maka ujian ini dijalankan di litar institut memandu. Ada tiga bahagian: 


  1. Mendaki bukit (Hill start/Slope test)
  2. Meletak kenderaan masuk belok (Parallel/Side parking)
  3. Pusingan tiga penjuru (Three-point turn)
Jika guna kereta Kancil, boleh hold kaki atas clutch dan kawal brek sahaja. Tak perlu tekan minyak kecuali bahagian mendaki bukit.
Jika guna kereta Viva, hold kaki atas clutch + tekan minyak sedikit. Biar ada movement. Mendaki bukit kena tekan minyak, semestinya. Kawalan brek juga.



MENDAKI BUKIT

Contoh mendaki bukit. Gambar daripada Citroen UK


Tips mendaki bukit:
  1. Mula naik cerun dengan tekan minyak sedikit dan kawal clutch iaitu lepas sedikit sedikit apabila perlu. Pastikan kedua-dua tayar hadapan kereta selari.
  2. Perhatikan tiang pertama - biasanya di sebelah kanan anda.
  3. Tekan brek kaki + clutch apabila sebaik sahaja sampai di tiang pertama. Pastikan berhenti sepenuhnya (complete stop)
  4. Tarik handbrake sepenuhnya. Boleh lepaskan kaki kanan daripada pedal brek.
  5. Jika nak lepaskan kaki kiri dari clutch, bebaskan gear (neutral - N)
  6. Periksa kedudukan tayar hadapan, adakah dalam lingkungan petak kuning atau tidak. Jika lebih 50% angkat tangan. Jika tidak, buat semula. Percubaan dua kali sahaja.
  7. Tekan clutch sepenuhnya dan masuk gear 1, jika gear di posisi N. 
  8. Jika sedia di gear 1, cukup dengan tekan pedal clutch sahaja.
  9. Tekan minyak (gas pedal) sehingga mencecah 3000-3500 rpm. Jangan lebih daripada itu, kerana boleh merosakkan enjin.
  10. Pada masa sama lepaskan clutch sedikit demi sedikit sehingga kereta terasa hendak bergerak ke hadapan. 
  11. Lepaskan handbrake; tambah sedikit acceleration/minyak.
  12. Kereta akan turun ke hadapan dengan jayanya. 
Secara praktikalnya anda perlu belajar dengan pengajar untuk lebih memantapkan kemahiran ini. Saya pun mula mula terundur ke belakang juga.

Gagal ujian mendaki bukit apabila:
  • Roda hadapan tak berada lebih 50% di garisan kuning
  • Berundur ke belakang; roda hadapan kurang 50% di garisan kuning
  • Berlaku kemalangan/terlanggar apa sahaja benda di tempat ujian
  • Melebihi tiga minit
dan menyebabkan anda gagal ujian ini tetapi boleh mengambil ujian bahagian III.
Kalau mati enjin pada bahagian ini tiada masalah. Terus free gear, tarik handbrake dan hidupkan enjin. 



PARALLEL PARKING



Tips ujian masuk belok (Jika mati enjin masih lulus dan masa 5 minit):

  1. Gear R (undur), pastikan bahu selari dengan penanda tapak. A atau B selalunya.
  2. Stereng 2 pusingan kiri (habis)
  3. Gerakkan kereta sehingga bucu belakang kiri/tiang penanda selari dengan badan kereta
  4. Stereng 2 pusingan kanan (tayar lurus)
  5. Pastikan tayar belakang mencecah garisan parking.
  6. Stereng 2 pusingan kanan (habis)
  7. Lihat cermin sisi kanan. Jika berada di dalam garisan, berhentikan pergerakan.
  8. Stereng 2 pusingan kiri (Lurus) dan angkat tangan.
  9. Tekan clutch dan masuk gear 1. Pusing semula ke kanan 2 pusingan.
  10. Keluar dari kawasan parking TANPA melanggar garisan laluan bertentangan.
Gagal ujian ini bermakna tidak boleh membuat ujian yang seterusnya, tetapi boleh meneruskan pada bahagian III. Perlu ulang semula daripada awal untuk sesi ulangan.


THREE-POINT TURN

Pusingan 3 penjuru; gambar bermula dari bawah kiri.

Tips pusingan tiga penjuru (tiga minit; enjin mati dikira gagal):

  1. Apabila masuk ke tempat ujian, terus luruskan stereng dahulu.
  2. Pastikan bahu berada selari dengan bucu; barulah pusing stereng ke kanan 2 pusingan.
  3. Terus brek apabila kereta selari dengan bahagian hadapan.
  4. Tekan clutch; tukar gear R.
  5. Pusing stereng kiri 4 pusingan
  6. Gerakkan kereta sehingga nampak lurus di hadapan.
  7. Tukar gear 1
  8. Pusing stereng kanan 2 pusingan (lurus)
  9. Bergerak keluar dari tempat ujian.
Gagal ujian bermakna anda perlu mengulang semua bahagian ujian II apabila sesi ulangan nanti. Bahagian III boleh teruskan macam biasa.

Contoh borang penilaian:



BAHAGIAN III

Ujian jalan raya. Dibuat di jalan raya sebenar. Pastikan langkah sebelum memulakan perjalanan dibuat terlebih dahulu. Beri salam/ucapkan selamat sejahtera kepada pegawai JPJ. Tanya beliau berkenaan laluan yang akan diuji.

  1. Adjust tempat duduk
  2. Betulkan cermin pandang belakang + sisi
  3. Pakai tali pinggang keledar
  4. Pastikan gear berada dalam posisi N
  5. Hidupkan enjin JIKA belum dihidupkan.
  6. Periksa keadaan pencuci cermin dan signal serta lampu

Kemudian minta izin untuk mulakan perjalanan. Laluan saya waktu test haritu senang je sebenarnya.

Laluan 3. Laluan paling mudah. Taman Kucai-Lebuhraya BKE-Exit Lunas. Patah balik ke tempat asal. 7.06 km.
Alhamdulillah dengan sekali jalan sahaja lulus kedua-dua bahagian. Apa apa pun tips mudah:

  1. Jangan melebihi had laju
  2. Guna handbrake di tempat yang betul.
  3. Amalkan pemanduan berhemah
  4. Bagi Muslim, mulakan dengan Bismillah.
  5. SIGNAL sangat penting
  6. Panduan shift gear:
Cara 1: Kelajuan.
  • Gear 1: 0 - 20 km/h
  • Gear 2: 21 - 30 km/h
  • Gear 3: 31 - 40 km/h
  • Gear 4: 41 - 50 km/h
  • Gear 5: 51 km/h ke atas
Cara 2: RPM
  • Perlukan sedikit kemahiran.
  • Jika meter RPM mencecah 2500 - 3000 tukarlah ke gear yang lebih tinggi.
  • Jika meter RPM turun sehingga bawah 2000 tukarlah ke gear yang lebih rendah.
  • Di kawasan berbukit gunakan gear rendah.
Contoh borang ujian memandu bahagian III

Sekian sahaja, diharapkan dapat membantu you alls yang baru nak ambil lesen memandu. Kalau ada tambahan maklumat atau soalan boleh tinggalkan komen ya! Okay assalamualaikum.

adios amigos.