Tuesday 10 June 2014

Prosedur Lesen Memandu Malaysia. (Kelas B & D)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Sudah lama rasanya saya tak update blog ni memandangkan kesibukan & permohonan biasiswa serta temuduga dll. Apa pun alhamdulillah, baru sahaja mendapat tawaran daripada MARA untuk meneruskan pengajian di KYS Business School, Melaka selama dua tahun dan meneruskan baki pengajian dua tahun di New Zealand dalam bidang perakaunan.

Apa pun post hari ini berkaitan dengan proses untuk mendapatkan lesen memandu di Malaysia.

Carta alir proses mendapatkan lesen memandu di Malaysia.
(motosikal dan kereta)

Tetapi sebelum itu ada baiknya saya menerangkan kategori lesen memandu di Malaysia terlebih dahulu.

Kategorinya ialah:

A - Kenderaan orang cacat (Motosikal)
B - Motosikal, enjin ≥ 500 cc. (B Full), B1 < 500 cc, B2 < 250 cc.
C - Motosikal tiga roda
D - Motokar BTM <3500 kg
E - Motokar Berat BTM 
7500 kg, E1 untuk < 7500 kg, E2 untuk  <5000 kg.
F - Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Beroda). BTM <5000 kg (e.g. forklift)
G - Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Berantai). BTM <5000 kg
H - Traktor/Jentera Bergerak Berat (Beroda). BTM 5000 kg (e.g. traktor)
ITraktor/Jentera Bergerak Berat (Berantai). BTM 5000 kg (e.g. bulldozer)

Walau bagaimana pun post ini HANYA untuk kelas B (termasuk B2) dan D.

Berikut merupakan carta aliran prosedur.

1. PENDAFTARAN
Daftarlah untuk belajar memandu di mana-mana institut memandu yang diiktiraf JPJ dan berdekatan kediaman anda serta bincangkan kos yang berkaitan. Bincangkan juga kos jika gagal ujian komputer, ujian praktikal serta bagi yang perlu menggunakan bahasa Inggeris, lihat sama ada institut berkenaan ada menawarkan khidmat tersebut.

Macam saya dahulu daftar di Institut Memandu Kunci Rimbun, Kulim (selepas ini IMKR) sebab yang tu paling dekat dengan rumah. Saya ambil untuk kelas B2 & D (motosikal + kereta) overall RM960++, harga kompetitif juga sebenarnya.

TIPS: JANGAN bayar penuh, bayar sedikit demi sedikit. Kita tak tahu masa depan macam mana. Contohnya; terpaksa pindah tempat sebab masuk kolej/universiti. Sedangkan duit yang dibayar ialah NON-REFUNDABLE.

Macam kes saya dahulu sebab dapat offer ke IIUM pada 7 Jun sedangkan tarikh test JPJ pada 8 Jun di IMKR jadi terpaksa pindahkan tempat ujian ke Institut Memandu Jimat Canggih (JC) di Kulim juga memandangkan tarikh ujian ialah pada 1 Jun jadi terpaksa berbuat demikian, walau bagaimana pun saya hanya membayar sehingga ke peringkat QTI sahaja di IMKR dan bayaran test praktikal di JC.


2. KURIKULUM PENDIDIKAN PEMANDU (KPP)
Kursus pertama selepas mendaftar. Pastikan anda tiba awal di institut memandu pilihan. Kursus ini selama 5 jam sahaja lebih kurang (10am - 4pm termasuk rehat) dan akan diberi rehat untuk makan tengah hari + solat. Anda juga akan menerima booklet contoh soalan ujian komputer (Bahagian I)

TIPS: Pastikan anda FOKUS ketika sesi kursus ini kerana apa yang disampaikan juga akan keluar dalam ujian komputer bahagian I. Sama ada anda mengambil lesen motosikal/kereta atau kedua-duanya, pastikan anda fokus juga untuk semua bahagian soalan.

3. UJIAN TEORI - BERKOMPUTER (BAHAGIAN I)
Ujian ini akan dilaksanakan di pusat myEG atau mySpeed seluruh negara dan bukannya di institut memandu. Markah lulus untuk ujian ini ialah 42/50. Terdapat tiga bahagian iaitu:

Bahagian A: 15 soalan
Bahagian B: 25 soalan
Bahagian C: 10 soalan

Dan semasa ujian ini juga gambar anda akan diambil untuk urusan JPJ, walau bagaimana pun anda tidak akan menerima sebarang hardcopy gambar tersebut.

Masa saya buat dulu saya dapat 46/50 dengan sekali sahaja ujian.

TIPS: Baca booklet yang diberi. Bagi yang ambil kelas motosikal sahaja, JANGAN abaikan bahagian kereta dan begitu sebaliknya. Cuba untuk dapatkan 15 markah di Bahagian A, 20 markah di Bahagian B dan 8 markah di Bahagian C. Overall = 43/50. Lulus kan? 

4. KELAS PRA-L (6 JAM)
Ada baiknya saya bahagikan penerangan ini kepada dua, untuk kereta dan motosikal. Apa pun untuk kedua-duanya 3 jam kelas teori dan 3 jam amali/praktikal. Untuk yang ambil kedua-duanya anda perlu hadir ke institut memandu pada dua hari yang berlainan.

KERETA: Mempelajari komponen kereta, enjin, gear, cara menghidupkan enjin, range kelajuan untuk gear (manual) serta elemen yang akan dinilai pada Ujian Praktikal dengan JPJ.

MOTOSIKAL: Komponen motosikal, cara menunggang yang betul dan selamat, elemen ujian JPJ. Bagi yang tiada asas (saya pun tahu ada je yang dah start bawa motor..takde lesen, dan ada yang bermula dari kosong) akan ditunjukkan satu persatu. Juga boleh mulakan latihan untuk bahagian II dan III, walau bagaimanapun tak direkodkan dalam jam latihan sebab anda tak punya lesen L lagi.

TIPSJika anda diberi peluang untuk memandu kereta atau menunggang motosikal, JANGAN LEPASKAN. Belajarlah sedikit demi sedikit. Biasakan diri dengan tiga pedal (clutch, brake and gas) pada kereta. Begitu juga komponen motosikal, gear, brek kaki, clutch (khusus superbike).

5. LESEN BELAJAR MEMANDU (LDL)
Anda akan memperoleh lesen memandu L beberapa ketika selepas pra-L. Kalau nak dapat lesen L dengan lebih cepat, ambil semua dokumen diperlukan daripada institut memandu dan buat sendiri di pejabat JPJ berdekatan. Lima minit sahaja jika buat sendiri.

Peraturan pemegang lesen L:

MOTOSIKAL: Anda dibenarkan menunggang motosikal TANPA PEMBONCENG. Means, seorang sahaja. Jangan bawa orang kat belakang motor ye. Lekatkan pelekat 'L' di bahagian hadapan dan belakang motosikal.

KERETA: Anda dibenarkan memandu, HANYA menggunakan kereta institut memandu di litar institut memandu. Jika memandu di jalan raya anda perlu memandu bersama dengan pengajar yang mempunyai Sijil Pengajar Institut Memandu. Jangan pula buat kepala letak sticker L di kereta kat rumah, tak pasal2 kena saman kan.

Tempoh lesen ini ialah selama 3 bulan, walau bagaimanapun tempoh maksimum ialah selama 2 tahun (boleh renew selang 3 bulan). Selepas dua tahun anda perlu mengulang daripada awal pelajaran memandu.

Ujian praktikal JPJ hanya boleh dibuat paling awal 30 hari selepas tarikh lesen L bermula.

6. PELAJARAN MEMANDU (8 JAM minimum)
Anda akan mula belajar memandu. Bagi yang tiada basic, jangan risau. Pengajar sedia membantu anda. Cuma tolong hormat diorang ni walaupun style mengajar jenis serius, strict ke happy go lucky ke sebab for sure, diorang tak nak ada yang FAIL waktu test JPJ. Ada dua bahagian di sini: Bahagian II dan III. Saya akan tulis sedikit sahaja elemen di sini dan tunggu post seterusnya untuk penerangan lebih lanjut.

Oh ya, 8 jam tu bukan maksudnya 8 jam straight pada sehari ya. Satu hari 2 jam, atau untuk kereta jika jadual hampir penuh mungkin juga satu hari 1 jam.

Untuk motosikal boleh walk-in tetapi untuk kereta selalunya perlu booking awal-awal sebaik sahaja dapat lesen L untuk elakkan daripada lambat mula belajar. Selalunya jadual akan sibuk sikit antara bulan November hingga Mac sebab lepasan SPM akan gunakan waktu ini untuk ambil lesen memandu.

BAHAGIAN II (LITAR)

MOTOSIKAL:
  • Meniti di atas papan
  • Pusingan di antara kon (slalom)
  • Brek kecemasan
  • Pusingan 8
  • Selekoh tajam


KERETA:
  • Mendaki bukit (Hill start)
  • Pusingan tiga penjuru (Three-Point Turn)
  • Parking masuk belok/sisi (Side Parking/Parallel Parking)


BAHAGIAN III (JALAN RAYA)

MOTOSIKAL:
Nama ujian ni ujian jalan raya tetapi sebenarnya akan dibuat di litar institut memandu. Menungganglah dengan selamat ya :D dan bagi kelas B Full, akan ada satu elemen yang tak dibuat oleh penunggang kelas B2, iaitu JALAN TIDAK RATA, macam berbonggol sedikit, perlu imbangkan badan. Elemen yang dinilai secara umumnya termasuk mematuhi papan tanda jalan raya, menunggang di kiri jalan dll.

KERETA:
Dibuat di jalan raya sebenar. Setiap institut memandu akan ada dua atau tiga laluan ujian, jarak lebih kurang 6-11 kilometer. Pastinya akan ada satu laluan paling mencabar untuk ujian (jalan bukit, pusing ke kanan di jalan sibuk dll.) Bersedialah dengan segala kemungkinan.


7. UJIAN QTI (2 JAM)
Ayat mudah, ujian QTI ni macam percubaan SPM untuk calon SPM, atau peperiksaan dalaman untuk calon A-Level, IB. Kertas exam tu akan dinilai oleh guru sekolah atau institusi tu kan? Sama je dengan ujian QTI, akan dinilai oleh pengajar institut memandu itu sendiri untuk memastikan anda layak ke peringkat seterusnya, ujian praktikal JPJ.

1 jam 30 minit untuk membuat ulangkaji terakhir dan
30 minit untuk ujian.

Kalau anda atau/dan pengajar anda belum yakin anda boleh pergi ke ujian JPJ, masa nilah nak tambah jam belajar dan buat semula QTI dll. Setelah lulus bolehlah tempah tarikh untuk ujian JPJ.

8. UJIAN PRAKTIKAL JPJ
Part ni secara jujurnya pelajar memandu paling malas nak fikir. Macam macam benda difikirkan agaknya. Takut kandas la semua. Tapi jangan takut. Buat je macam latihan & QTI sebab korang dah lepas QTI kan? So buat jelah macam biasa.

Okay ujian ni sebulan dua kali di institut memandu masing masing. Kalau zaman dulu-dulu, nak ambil test kena pergi litar JPJ. Sekarang terbalik, JPJ turun padang dan buat test. 

Alhamdulillah part ni saya lulus dengan sekali ujian je walaupun markah tepat-tepat di passing mark untuk jalan raya, kategori B2 & D. Walau bagaimana pun saya dah jadi pemegang lesen sah dah sekarang :D

Nak tips? Tunggu post seterusnya. Atau lagi cepat, tinggalkan komen di bawah post ni. Kalau lulus, boleh pergi no. 9. Kalau kandas tambah jam belajar + ujian.

9. LESEN MEMANDU PERCUBAAN (PDL)
Dah lulus tu, selalunya paling awal boleh buat lesen ialah empat (4) hari selepas lulus ujian. Untuk update system JPJ dahulu. Kalau buat sendiri, on the spot siap. Tapi pastikan dokumen ujian tu ada. Kalau institut memandu mungkin seminggu dua. Sebab sistem institut memandu guna bulk application. Itu yang aku tahu la.

Lesen ni selama dua (2) tahun. Selepas tu bolehlah pergi ke JPJ untuk tukar ke Lesen Memandu Kompeten (CDL). Pastikan settle paling lewat setahun selepas tarikh akhir lesen P.


BAGAIMANAKAH PROSEDUR PINDAH INSTITUT MEMANDU?
Okay saya masukkan dalam ni sebab tak banyak website ada artikel ni. Jadi secara mudahnya:

1. Minta surat pelepasan dari Institut Memandu yang asal dan semua dokumen berkaitan
2. Selesaikan hutang yang berbaki
3. Duit yang dibayar tak akan dikembalikan.
4. Bawa surat pelepasan dan dokumen ke Institut Memandu yang baru, dan bayar yuran berkaitan.

Soalan? Boleh tinggalkan komen di bawah ni, saya akan jawab kemudian. Terima kasih.