السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Melihat kepada kekurangan bahan bacaan di media blog untuk menceritakan cara-cara membuat Ujian TB bagi visa ke United Kingdom, maka saya tertarik untuk menceritakan sedikit sebanyak langkah-langkah yang perlu dilaksanakan pada ujian tersebut.
Untuk makluman, pihak UK hanya menerima keputusan ujian tersebut daripada lima buah hospital sahaja di Malaysia: tiga di Semenanjung, satu di Sabah dan satu di Sarawak (sumber di sini)
- Life Care Diagnostic Medical Centre, Bangsar, Kuala Lumpur
- Gleneagles Hospital, Kuala Lumpur
- Penang Adventist Hospital, Penang
- KPJ Sabah Specialist Hospital, Kota Kinabalu, Sabah
- Normah Medical Specialist Centre, Kuching, Sarawak
Memandangkan saya tinggal di Kulim, Kedah maka ujian ini telah saya laksanakan pada petang semalam (Isnin 15/8) di Penang Adventist Hospital.
Langkah-langkah ujian TB (berdasarkan pengalaman di Penang Adventist Hospital):
- Buat satu panggilan telefon ke hospital pilihan anda untuk tetapkan tarikh, dan untuk waktu puncak (contohnya Ogos), perlu telefon 2-3 minggu sebelum tarikh pilihan anda.Saya sendiri telah menelefon pihak Penang Adventist Hospital pada 27/7 yang lalu dan tarikh janji temu yang terawal ialah pada 9/8, dua minggu selepas tarikh tersebut. Maka saya sarankan agar RANCANG (plan) awal untuk urusan ini.Di hospital tersebut appointment dibuka pada hari Isnin-Khamis dengan dua sesi; pagi (9.00am) dan petang (2.00pm)
- Pada hari yang ditetapkan, bawa bersama dengan anda:* Pasport (asal dan 2 keping salinan)* Gambar berukuran pasport (1 keping - background putih atau biru)* Alamat tempat tinggal (atau Universiti - kalau accommodation belum selesai).* Wang dalam lingkungan RM200 - RM300 (di Penang Adventist RM235.60) untuk pembayaran.
- Tekanan darah, berat badan, tinggi akan diperiksa. Jika terdapat sebarang masalah maka doktor akan memberi sedikit nasihat kepada anda (cth. jaga pemakanan, kecergasan, fitness) sebelum anda meneruskan ujian X-ray.
- Ujian X-ray di bilik yang ditetapkan.
- Buat pembayaran di kaunter pembayaran. Pada waktu yang ditetapkan, ambil keputusan ujian anda.
Dua resit ni sebab ada miscommunication.Jadi sepatutnya bayar selepas ujian X-ray. - Tambahan: Buat claim daripada sponsor jika anda pelajar tajaan & kos tersebut boleh ditanggung oleh sponsor
Terima kasih kerana membaca!
Ditulis pada:
13 Zulkaedah 1437 bersamaan 16/08/2016
Kulim, Kedah