Sunday 11 September 2016

Cara memohon visa pelajar (Sarjana Muda/Degree) kategori Tier 4 (General) ke United Kingdom

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sekian lama saya tidak menulis kerana kesibukan menguruskan hal-hal rasmi ke UK, termasuk visa, universiti dan penginapan. Penulisan kali ini hanyalah untuk berkongsi pengalaman menguruskan visa ke United Kingdom.

Urusan visa sememangnya nampak rumit kerana borang yang panjang dan details yang perlu diisi tanpa meninggalkan kesalahan dan kesilapan yang boleh menyebabkan visa anda ditolak oleh UK Visas and Immigration (UKVI).

(Disclaimer: Maklumat yang akan saya beri di bawah ialah tepat pada 08 Zulhijjah 1437 atau 10/09/2016. Sila rujuk pihak UKVI untuk maklumat terkini)

Jadi tips untuk memohon visa, secara mudahnya:

  1. Take your time. Ambil masa untuk membuat permohonan, kerana anda boleh mula membuat permohonan visa sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum berangkat ke UK.

  2. Complete documents. Pastikan dokumen lengkap sebelum serahan dokumen tersebut di VFS Global iaitu di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur (atau Temporary Enrolment Location di Regus Virtual Offices, Kota Kinabalu, Sabah dan Cycon Plus Synergy Offices, Kuching, Sarawak - bermula akhir Julai hingga awal September). Butiran dokumen akan saya ceritakan di bahagian seterusnya.

  3. Check, check, check, review and submit. Semak betul-betul butiran yang ada pada permohonan tersebut. Elakkan kesalahan besar dalam borang tersebut. 

    Sekali lagi, kesalahan besar dalam borang dan dokumen boleh menyebabkan visa anda ditolak oleh UKVI.

    Untuk semakan ini anda boleh gunakan ejen seperti MABECS (seperti yang dimaklumkan kepada saya oleh pelajar-pelajar pinjaman MARA)

  4. Be punctual. Untuk penyerahan dokumen di VFS Global dan kutipan dokumen, pastikan anda datang awal (selewat-lewatnya 20 minit sebelum waktu appointment) untuk mengelakkan sebarang kelewatan. Lebih-lebih lagi mereka yang tinggal jauh dan perlu pulang ke kampung halaman pada hari yang sama.

  5. Berdoa dan bertawakal kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu sangatlah dekat dengan kita, Dia mengkabulkan doa kita apabila kita berdoa kepada-Nya. Nah, bukankah itu juga tanda kerendahan hati kita sebagai hamba Allah kan?
Cara Permohonan

  1. Lepas uolls dapat offer dari Universiti, terus roger diorang untuk dapatkan document yang dinamakan Confirmation of Acceptance for Studies atau dalam bahasa mudahnya CAS. Dalam CAS korang kena ada maklumat-maklumat ni:

    • No. kod CAS
    • Nama, warganegara, no. pasport, tarikh lahir
    • No. kod sponsor (Universiti)
    • Alamat sponsor (universiti)
    • Tajuk kursus
    • Kod academic level
    • Tarikh mula dan tarikh akhir
    • Kelayakan bahasa Inggeris
    • Maklumat kewangan
    • Dokumen sokongan yang perlu dibawa dan diserahkan dengan permohonan visa

  2. Buat ujian TB di mana-mana hospital yang disenaraikan oleh Kerajaan UKContact hospital tersebut untuk appointment dan bawa bersama-sama anda dokumen berikut dan buat claim daripada sponsor untuk pembayaran:

    • Pasport sekarang (asal & dua salinan)
    • Gambar berukuran pasport (1 keping)
    • Alamat Universiti
    • Bayaran sekitar RM200-RM300

  3. Buat permohonan visa di https://www.visa4uk.fco.gov.uk/. Borang ini perlu diisi secara online. Boleh baca mana-mana panduan yang boleh dipercayai kalau tak faham, atau terus contact UKVI atau ejen-ejen pendidikan seperti MABECS atau British Council. Contohnya dari website London School of Economics, panduan mengisi borang visa agak detail (klik sini). 

    Borang ni kalau tersalah isi (dan saya sendiri dah email UKVI untuk hal ni): 

    Kalau kesalahannya kecil (contoh: tersalah satu digit untuk nombor rumah), cross out, tulis maklumat betul dengan pen dan tandatangan di sebelah correction tu.

    Kalau kesalahannya besar (contoh: soalan berkaitan visa refusal), perlu batalkan appointment, set tarikh baru dan mohon refund untuk permohonan yang sebelum ni. Kena isi form baru & bayar balik. Jadi cuba elakkan daripada buat silap. Check banyak kali dan jangan kelam-kabut.

  4. Set tarikh appointment visa untuk serahan dokumen (paling awal 2 hari bekerja selepas permohonan) dan masa (08:00 sampai 14:00). Saya nasihatkan buat pada waktu pagi, sebab orang akan makin ramai pada waktu tengah hari,

  5. Pembayaran visa dan Immigration Health Services (IHS). Isunya dalam pembayaran ni sangatlah bergantung kepada exchange rate kerana kita membayar dalam dollar US. Jadi jika nilai duit kita jatuh, maka semakin banyak yang perlu dibayar. Dan pembayaran ni hanya boleh guna kad kredit atau debit yang ada logo Visa/Mastercard. Jadi, sediakan wang sekitar RM6000 dahulu (boleh claim semula dengan sponsor lepas settle).

  6. Cetak borang tersebut dan tandatangan.

  7. Priority Visa. Ini untuk mempercepat proses permohonan visa daripada 10-15 hari bekerja kepada 3-5 hari bekerja. Perlu bayar RM840, boleh dibuat secara tunai di kaunter atau gunakan kad debit/kredit di laman VFS Global. Beri peluang kepada mereka yang perlu cepat untuk gunakan servis ni. Kalau tak rushing, lebih baik gunakan perkhidmatan biasa.

  8. Pos dokumen ke rumah. Dengan tambahan bayaran RM40, tak perlu nak pergi semula ke Wisma MCA untuk ambil dokumen. Just lepak kat rumah dan tunggu dokumen sampai. Biarkan 1 hari +/- untuk memastikan dokumen sampai di rumah pada masanya.
Dokumen yang perlu dibawa semasa appointment
  1. Application form (print, bertarikh dan ada tandatangan).
  2. Surat pengesahan appointment (print).
  3. Passport sekarang dan semua pasport lama yang digunakan tidak lebih 10 tahun lepas. (asal & salinan)
  4. Sijil Ujian TB (asal & salinan)
  5. Financial affidavit (pelajar sponsor)
  6. Penyata bank anda atau parents. Kalau guna penyata bank parents, bawa sekali sijil lahir anda. (pelajar private/self-sponsored)
  7. Dokumen akademik yang dinyatakan dalam CAS (contohnya keputusan A-Level/IB)
  8. Sijil Academic Technology Approval Scheme (ATAS) - bagi kursus-kursus tertentu
  9. Dokumen sokongan (salinan - bak kata abang VFS tu, letak je semua copy document yang ada):
    • Surat CAS (tak perlu pun sebab UKVI dah ada data tu yang ada juga dalam application form)
    • Sijil akademik tambahan (A-Level/IB/STPM dan lain-lain)
    • Sijil ujian IELTS
    • Sijil SPM

  10. Gambar berukuran Visa UK (selalunya tak diminta sebab masa buat biometric di VFS nanti dia akan ambil gambar)
Semua dokumen yang bukan dalam bahasa Inggeris (termasuk sijil lahir dan penyata bank) perlu diterjemahkan ke bahasa Inggeris. Untuk Sijil SPM boleh dibuat di Lembaga Peperiksaan. Untuk sijil-sijil lain boleh dibuat di Mahkamah terdekat atau ITBM dengan sedikit bayaran. 

Pastikan terjemahan tersebut ada maklumat penterjemah (nama, no. telefon dll) kecuali sijil SPM/STPM jika diterjemah di Lembaga Peperiksaan/Majlis Peperiksaan. Jika di tempat lain maka maklumat penterjemah diperlukan.

Hari appointment:
  1. Pastikan dokumen cukup lengkap.
  2. Sediakan wang jika belum membayar untuk Priority Visa.
  3. Sampai di tempat tersebut sekitar 20-30 minit sebelum masa yang ditetapkan.
  4. Apabila sampai, check nama anda di kaunter pintu masuk tempat tersebut. Anda akan diberi no. giliran
  5. Serahkan segala barang anda termasuk handphone (kecuali file yang ada dokumen & beg duit) kepada pengawal yang akan masukkan dalam almari berkunci yang disediakan.
  6. Masuk ke dalam tempat tersebut dan tunggu giliran. Masa ni akan ada orang VFS Global yang akan check dokumen dan kalau nak ambil servis Priority Visa, boleh buat di sini.
  7. No. giliran anda akan dipanggil dua kali.
  8. Panggilan pertama, pergi ke kaunter yang ditetapkan dan serahkan semua dokumen serta pembayaran (jika ada). 
  9. Anda akan diberi resit yang perlu disimpan dan dibawa untuk ambil dokumen nanti.
  10. Panggilan kedua, pergi ke bilik yang ditetapkan dan buat biometric enrollment (gambar anda & cap jari akan diambil) untuk data Imigresen.
  11. Ambil barang-barang anda dan urusan selesai.
Hari collect dokumen:
  1. Anda akan dapat email "The processed visa application for GWF reference number -  GWFxxxxxxxxx was received at the UK Visa Application Centre at dd/mm/yyyy...". Tapi result visa takkan ada dalam email tu. Kena tunggu dapat pasport baru tahu.
  2. Dan selalunya yang request guna pos akan dapat semua dokumen tu pada petang yang sama lepas dapat email tu. (Untuk collection menggunakan pos, terus ke no. 8)
  3. Untuk yang ambil dokumen di Wisma MCA, tolong sampai awal di tempat yang ditetapkan. 
  4. Bawa resit yang korang dapat masa hantar dokumen. (Jangan hilangkan resit tu)
  5. Waktu kutipan dokumen ialah pada jam 15:00 hingga 17:00 di VFS Global (rakan saya di KY sampai di sana pada jam 13:20 pada hari Jumaat dan dia mendapat no. giliran pertama. 
    Saya sampai dalam jam 2:30 petang, giliran saya ialah yang ke-88)
  6. Kutipan dokumen akan berjalan lebih laju berbanding serahan kerana anda hanya perlu ambil sampul yang ada semua dokumen anda dalam tu.
  7. Anda akan diberi sampul yang ada semua dokumen asal dalam tu. Semua salinan diambil oleh pihak UKVI.
  8. Di sini baru anda akan tahu result visa, sama ada lulus atau terkandas (refused).
Timeline

11/08/2016 - Keputusan A-Level

18/08/2016 - Dapat tawaran ke City, University of London. Terus mulakan application

24/08/2016 - Terima detail CAS dari Universiti

26/08/2016 - Submit borang dan buat pembayaran visa (sekitar RM4700 pada hari tersebut)

01/09/2016 - Appointment di Wisma MCA jam 10:10 pagi

06/09/2016 - Dapat email untuk ambil pasport dan visa (agak pantas; 3 hari bekerja dengan priority)

09/09/2016 - Ambil dokumen di Wisma MCA. VISA DILULUSKAN alhamdulillaah!

Semoga kalian pun diluluskan visa UK dengan jayanya.


Wan
09 Zulhijjah 1437 (11/09/2016)
Shah Alam,