بسم الله الرحمن الرحيم
Posting ini ialah sambungan daripada bahagian 1 yang boleh dibaca di sini.
"Setiap perjalanan itu dibuat oleh teman permusafiran anda." -Iklan Malaysia Airlines-
Dan setiap perjalanan itu sudah tentu memberi pengalaman yang berbeza serta pengajaran yang boleh diambil iktibar untuk masa hadapan.
Berikut travelog berkaitan bandar-bandar yang telah saya lawat sepanjang satu semester berada di United Kingdom.
Manchester-Leeds (21-23/10/2016)
Bersama dengan lima rakan yang lain dari London kami menaiki bas dari stesen Victoria ke Manchester. Perjalanan lebih 5 jam bagaikan tidak terasa kerana kami memulakan perjalanan pada waktu malam dan tiba di Manchester sebaik sahaja masuk waktu Subuh esoknya.
Menetap sementara di rumah rakan sekuliah di KYUEM (Aiman Annuar aka KJ), kawasan tempat mereka tinggal sangat strategik iaitu di Curry Mile. Sangat banyak restoran halal dan terdapat komuniti Malaysia yang besar di sini. Selepas sarapan kami bermain futsal di Denmark Road sebelum makan tengah hari di restoran Taiba yang menjadi tempat kegemaran buat warga Malaysia di sini. Restoran tersebut juga menawarkan minuman percuma buat rakyat Malaysia. Sempat juga kami singgah di Old Trafford, melawat kampus University of Manchester dan seterusnya kembali ke pusat bandar.
Aku berkesempatan membeli beberapa keping poskad untuk dihantar ke rumah di Malaysia. Actually dah dirancang dari zaman KYUEM lagi untuk kumpul poskad setiap kali melawat ke satu-satu bandar di UK dan pos ke alamat Malaysia sebagai kenang-kenangan.
Sebahagian dariapda poskad yang dah sampai di Malaysia. |
Pada pagi Ahad tersebut kami bertolak ke Leeds untuk menyaksikan Sukan Malaysia Leeds. Ada juga yang turut bertanding dalam kejohanan tersebut. Selepas itu kami pulang ke London untuk kuliah pada keesokan harinya.
Whitworth Park |
Rusholme, Manchester |
University of Leeds |
Nottingham (10/12/2016)
Pagi tersebut aku bangun awal kerana kereta api dijadualkan bertolak dari St Pancras pada jam 7:29 pagi. Namun pada jam 5:50 pagi aku sudah keluar dari rumah untuk bersolat Subuh di Masjid King's Cross sebelum meneruskan perjalanan.
Suasana di Nottingham jauh lebih tenang berbanding London. Memandangkan ketika itu Sukan Malaysia Nottingham dijalankan, maka aku bertemu semula dengan rakan-rakan, baik yang pernah aku jumpa ketika program-program tertentu atau ketika menjadi rakan sekuliah di SAS atau KYUEM. Satu pengalaman yang agak rare sebab bukan selalu kita berjumpa rakan-rakan lama dalam jumlah yang ramai kan?
Dan pada malam tersebut juga aku pulang ke London. Terima kasih Mag, Aimran dan rakan-rakan lain atas hospitaliti yang cukup baik!
Pemandangan dari University of Nottingham |
Cambridge (15/12/2016)
One-day trip juga sebab jarak bandar ni dengan London agak dekat. Bas dari London ke Cambridge mengambil masa selama 2 jam. Bersama dengan Nazmil dan Haqim kami meneroka sendiri beberapa muzium di sini seperti Muzium Fitzwilliam sebelum punting tour dan pergi ke Square Market.
Seterusnya kami makan tengah hari dan berjumpa dengan Hani Irfan, seorang pelajar di sana. (baru-baru ini artikelnya diterbitkan di New Straits Times; thanks sebab bawa kami jalan-jalan!). Kami turut berkesempatan melawat beberapa kolej di sana seperti King's College dan membeli beberapa keping poskad sebelum pulang ke London pada malam tersebut juga.
Mathematical Bridge |
King's College of Cambridge |
St. John's College of Cambridge |
Oxford (17/12/2016)
Perjalanan yang lebih singkat dibandingkan dengan Cambridge kerana kami tiba di Oxford pada jam 10 pagi dan pulang ke London pada jam 4:20 petang hari yang sama. Namun begitu banyak bangunan di sana masih mengekalkan keaslian sejarah, seperti bandar-bandar UK yang lain. Berkesempatan berjumpa dengan Idzzuddin Ishak (kawan rapat di SAS) yang belajar di Oxford Brookes University dalam bidang arkitek.
Hari yang agak berkabus di Oxford |
Birmingham (23-24/12/2016)
Total solo trip. Sangat membantu untuk refleksi diri untuk menjadi seorang yang lebih baik pada masa hadapan.
Menghadiri conference di Coventry Road dan secara ringkas menceritakan bagaimana generasi awal Islam sangat mementingkan ilmu. Perlu kita fahami juga sebelum berbicara dan beramal, kita perlu mempunyai ilmu terlebih dahulu. Satu quote yang menarik daripada puisi Abu Ishaq al-Ilbiri rahimahullah yang disampaikan ketika conference tersebut ialah (paraphrased): "Manusia itu lena, sehingga dia meninggal dunia barulah dia sedar". Kita perlu sentiasa bersedia kerana kita tidak akan tahu sampai bila kita akan terus hidup di sini.
Sehingga Imam Bukhari meletakkan di dalam satu daripada bab dalam Sahih Bukhari: "Bab ilmu (terlebih dahulu) sebelum berkata dan beramal." (Sumber dan syarah di sini).
Juga berkesempatan membeli buku-buku dengan jumlah £55.
Please feel free to leave any comments below!
Adios.
Wan A A Wan Shamsir Nizam
09 Jamadilawal 1438
06 Februari 2017
Clerkenwell, London, GB