Monday 9 June 2014

Keputusan SPM 2013

Assalamualaikum.

Ketika saya menulis entry ini, sudah empat hari berlalu sejak keputusan SPM 2013 diumumkan. Namun, saya kira masih belum terlambat untuk menulis artikel berkaitan memandangkan entry ini merupakan yang pertama.


20 Mac 2014 merupakan satu tarikh yang mungkin ditunggu-tunggu tetapi menjadi satu debaran buat 470 395 calon Sijil Pelajaran Malaysia di seluruh negara. Bermacam-macam reaksi saya temui berdasarkan apa yang saya lihat di media sosial seperti Twitter dan facebook.


"Weh cuak oh result ni, cuak tak excel je"

"Aku rasa nak off handset je hari tu, malas nak jawab kalau orang tanya apa result aku"

Namun semua itu perlulah dihadapi dengan positif. Hee :D


Apa pun, pada hari tersebut saya kembali ke sekolah iaitu Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya. Untuk makluman, sekolah ini merupakan satu antara sekolah berasrama penuh (SBP) terawal ditubuhkan iaitu pada 07 Februari 1963 di Cheras, Kuala Lumpur (berhadapan HUKM) dan juga merupakan sekolah Melayu pertama yang menawarkan aliran Tingkatan Enam.


Pada 26 April 2003 sekolah ini berpindah ke kampus sekarang di Putrajaya berdekatan pusat beli-belah Alamanda dan Kementerian Pelajaran Malaysia.



Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya

Berbalik kepada tajuk, antara yang paling dirindui tentulah rakan-rakan daripada Class of 2013, lebih dikenali dengan nama Fighters 0913. Merekalah rakan-rakan yang sangatlah membantu dan menyokong antara satu sama lain, bakal-bakal pemimpin masa hadapan.


Jadi bagi keputusan SPM 2013 Sekolah Sultan Alam Shah, seramai 68 daripada 168 pelajar berjaya memperoleh straight A (9A dan 10A), tetapi tiada seorang pun yang memperoleh sama ada 9A+ atau 10A+. Ketika itu saya sudah mula rasa debarannya *dup dap dup dap*


Menjadi nama ke-20 diumumkan, Alhamdulillah, memperoleh semua A, 6A+ 4A. 





Daripada 68 calon semua A tersebut, 21 daripadanya daripada kelas saya, 5 Bestari yang keseluruhannya berjumlah 25 orang.

Terima kasih buat para guru & asatizah yang telah memberi sepenuh tunjuk ajar, ibu yang menjadi pembakar semangat juga sahabat-sahabat Fighters 0913 yang saling menyokong antara satu sama lain.


Kepada calon yang kurang berjaya, ingatlah bahawa SPM 'is not the end of the world'. Maka teruskanlah usaha anda untuk kejayaan di peringkat seterusnya.


Ingatlah, tinggi atau rendah keputusan yang anda dapat ketika SPM 2013, keputusan di Mahsyar nanti lebih utama, menentukan tempat anda sama ada di Syurga atau Neraka. Jadi bersedialah menambah amalan dari sekarang.

Sekian. Assalamualaikum