Monday, 6 February 2017

Travelog Semester 1: Bahagian 1 (London)

بسم الله الرحمن الرحيم

Sekian lama tidak menulis akhirnya berkesempatan juga alhamdulillah

Penulisan kali ini berkaitan perjalananku sepanjang berada di United Kingdom secara amnya, dan lebih khusus lagi berkaitan bandar-bandar yang telah aku lawati di tanah British ini.

London
Jambatan Tower dari Jambatan London (London Bridge)
Menjadi impian setiap pelajar yang berkesempatan untuk sekurang-kurangnya melawat kota London yang bersejarah. Diasaskan pada abad pertama Masihi dan diberi nama Londinium, kini London menjadi pusat metropolitan dan bandar terbesar di seluruh Eropah.

Pada peringkat awal sebagai seorang pelajar di Cass Business School, saya berusaha menyesuaikan diri dengan hiruk pikuk kota London. Manusia di sini rata-rata berjalan dengan amat pantas. Hal ini mencerminkan kehidupan di sini apabila setiap peluang yang ada harus digunakan dengan segera dan sebaik-baiknya.

Barangkali kalian sedang membayangkan kami selalu pergi ke destinasi wajib bagi pelancong seperti Big Ben, Tower Bridge dan lain-lain. Jika difikirkan balik, sebenarnya kami pergi ke sana sambil berjalan-jalan dengan rakan-rakan yang datang dari luar London. Inilah yang dinamakan "sambil menyelam minum air" kerana sambil meraikan tetamu, kami juga dapat merasai sebentar pengalaman menjadi pelancong di bandar tempat kami tinggal.

Kediaman kami terletak di daerah Bayswater. Walaupun agak jauh dari kampus (45 minit) namun lokasi ini sangat strategik kerana terdapat banyak kedai yang menjual barangan halal, serta berdekatan dengan Malaysia Hall (7 minit berjalan kaki). Jika berkesempatan juga, kami bersolat Jumaat di Malaysia Hall dan mendengar khutbah dalam bahasa Melayu serta doa khusus untuk ketua negara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Semoga Allah memelihara para pemimpin umat Islam dan memberi taufiq buat mereka untuk terus memerintah berlandaskan syariat-Nya. Hatta masyarakat tempatan yang saya temui pun mengatakan bahawa: "Bayswater ini merupakan kawasan yang terdapat banyak rakyat Malaysia". Ada juga kedai-kedai cenderamata yang menawarkan diskaun kepada pelancong Malaysia di jalan Queensway W2 (jalan utama di Bayswater).

Masjid Daar Us Sunnah, W12
Terdapat juga banyak masjid di kota ini, maka untuk bersolat tidak menjadi masalah. Dua masjid terbesar di London ialah London Central Mosque dan East London Mosque.

Adapun antara masjid yang dikunjungi bagi menghadiri kuliah dan kelas pengajian ialah Masjid Daar Us Sunnah di Shepherd's Bush (W12). Berjarak hanya 16 minit dari rumah, masjid ini agak ringkas dan kecil namun padat dengan kelas pengajian mingguan. Semangat persaudaraan antara ahli masjid ini juga sangat kuat. Kumpulan manusia yang saya kira mempunyai tatasusila yang kuat dan bersemangat menyampaikan Islam kepada manusia di London. Pada setiap hujung minggu, mereka akan mengadakan street dakwah di pusat beli-belah Westfield yang terletak berdekatan masjid. Fokus street dakwah tersebut ialah menyampaikan akidah Islam yang sahih dan pada masa yang sama menerangkan bahawa, Islam berdasarkan kefahaman generasi awal, menentang keganasan yang dilakukan oleh golongan Khawaarij seperti ISIS, Al-Qaeda dan lain-lain. Risalah-risalah dan terjemahan Quran juga diberikan secara percuma. Maklumat lanjut tentang Islam menentang keganasan di sini.


#LibraryGoals

Perkara yang mungkin membezakan London dengan bandar-bandar yang lain ialah kos sewa rumah yang agak tinggi. Perlu saya ingatkan kepada mereka yang akan melanjutkan pelajaran ke London supaya bijak dalam mencari rumah yang sesuai serta tidak melebihi peruntukan elaun yang diberikan pihak penaja.

Kos hidup di London dengan wang £1100 sebulan (contoh belanjawan)
  • Sewa bulanan: bergantung. Cuba dapatkan rumah dengan sewa bulanan bawah £700
  • Pas bulanan pengangkutan awam (Zon 1-2): £90
  • Bil dan barang runcit: £80
  • Simpanan (kira-kira 10%): £110
  • Travel, beli-belah dan lain-lain kegunaan: £120
Jumlah besar: £1100

Tempat beli-belah yang terkenal di London ialah Oxford Street. Terdapat banyak kedai yang menjual pelbagai produk, daripada pakaian hingga peralatan elektronik seperti iPhone dan iPad dengan harga yang berbeza-beza mengikut pengeluar. 

Musim beli-belah yang paling popular ialah pada jualan penghabisan stok sempena Boxing Day (26 Disember). Kebanyakan barangan akan dijual pada harga diskaun sehingga 70% terutamanya pakaian, kasut, alatan elektronik. (tetapi jika mengharapkan harga iPhone 7 untuk turun hanyalah ibarat jauh panggang dari api).
Oxford Street pada Boxing Day, 07.40 pagi
(pada hari tersebut, waktu Subuh
masih belum berakhir)
Ada juga mereka yang berkampung semalaman di Oxford Street semata-mata untuk menjadi pembeli terawal kerana ada kedai yang dibuka pada jam 6 pagi! Namun pada akhir bulan Disember, langit pada jam 6:40 pagi di London masih gelap dan jika bangun pada jam 7:30 pagi pun masih sempat solat Subuh pada waktunya. Maka kami pun pergi ke Oxford Street selepas solat Subuh dan terus mencari barangan yang hendak dibeli. Selain itu, jualan secara online juga turut menawarkan diskaun yang sama seperti di kedai. Sangat sesuai untuk mereka yang nak beli pakaian tetapi tiada di kedai kerana faktor common size.

Insya-Allah pada bahagian 2 akan saya ceritakan tentang bandar-bandar di UK yang pernah saya lawat sepanjang Oktober-Disember 2016 (hint: Manchester, Leeds, Nottingham, Cambridge, Oxford dan Birmingham). 

(UPDATE: Bahagian 2 klik sini)

Komen dan cadangan boleh ditulis di bahagian bawah post ini.

Adios amigos.

Wan A A Wan Shamsir Nizam
09 Jamadilawal 1438
06 Februari 2017
Clerkenwell, London, GB
Share:

3 comments:

  1. Hi there. I really like this new blog entry. I was wondering, was it hard for u to find a place out of campus? Are all your housemates are malaysians? Thank u in advance:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Aina Syariza! Thank you for the nice comments and for reading my post.

      1)As for off-campus accommodation, a detailed answer would need a new blog post, however I'll try to summarize here:

      So one of my housemates happened to have a mutual connection with a Malaysian PhD student in London, to which he & his friend helped 4 of us to find a house

      One of the difficulties to find a house here is that housing demand in London is too high. You have to be quick in terms of reviewing the house once the advertisement is up and agreeing to the terms, conditions and payment installments.

      We almost secured a house at a very strategic place, 3 mins walk to Malaysia Hall (centre for Malaysian students' activities in London). But as we're a bit late, other potential tenant had made the payment and so we had to find another one. We finally secured the latter, alhamdulillah.

      If you have any of your connections currently in the UK, that's better as they can arrange a house viewing with the landlord/agent on your behalf. House viewing is common here and is highly recommended.

      InshaAllāh I'll be able to arrange a viewing on your behalf if you're applying to London universities. Otherwise, I can liaise with my colleagues in other cities.

      On a side note, as City UoL was my insurance (second) choice, the university did not guarantee my accommodation and so I had to opt for an off-campus accommodation.

      In short, quick response and sufficient funds is the key towards securing off-campus accommodation.

      2. Yes. All of them are Malaysians. So most of the time we cook Malaysian food!

      Wan

      Delete
    2. Ouhh i see. I have received offers from from lse, city and bristol. but still haven't decide on the firm n insurance unis yet. I'm still thinking. But anyways, thank u for the offer! Coz i don't know much of my seniors there, so its nice to receive some help from others especially when it will be my first time going there.

      Delete