Friday 8 September 2017

Tengkolok di Siberia (Pemilihan bahasa Rusia sebagai bahasa keempat)

Bismillah. Penulisan pendek sahaja kali ni.

“Wan, kau belajar bahasa Rusia sebab nak kahwin dengan orang Rusia kah?”

“Bahasa Rusia susah dan mencabar!”

“Nanti waktu Piala Dunia 2018 kau temankan kami boleh? Kerja kau ‘goreng’ je orang Moscow dan Saint Petersburg bila kami nak beli barang.”

“Kenapa bahasa Rusia? Kenapa tak pilih bahasa Perancis, Sepanyol atau Mandarin?”

Ayat-ayat di atas hanyalah beberapa persoalan dan respon yang sering aku terima apabila aku memutuskan untuk belajar bahasa Rusia pada awal tahun 2017 dahulu. Niat asal aku untuk belajar bahasa Rusia hanyalah untuk aku mencari sesuatu yang boleh dibuat secara produktif di London memandangkan aku menghadapi sedikit tekanan ketika musim sejuk dan faktor-faktor lain sepanjang November 2016 hingga Januari 2017. Tidak akan ku ceritakan secara terperinci kerana itu bukan tujuan penulisan ini dibuat.

Kembali kepada belajar bahasa, bukankah tidak lengkap pembelajaran sesuatu bahasa jika kita tidak kenal budayanya? Maka dari hari ke hari, aku cuba mempelajari budaya Rusia dan ini membawa kepada sebab pertama aku belajar bahasa Rusia iaitu:

  • 1.       Persamaan budaya


Berbanding dengan masyarakat Eropah yang lain, masyarakat Rusia masih lagi mengekalkan hubungan kekeluargaan yang erat seperti masyarakat Melayu. Contohnya, peranan nenek dan datuk dalam sesuatu keluarga. Nasihat-nasihat yang diberi selalu dijadikan teladan untuk generasi seterusnya. Mereka juga membuka kasut sebelum masuk ke dalam rumah, seperti masyarakat Melayu. Walaupun

  • 2.       Cabaran bahasa Rusia


Sebenarnya bahasa Arab jauh lebih sukar daripada bahasa Rusia. Bayangkan selepas 3 tahun belajar di SAS dulu baru dapat bercakap dengan fasih. Tapi tak dinafikan bahasa Rusia juga cukup mencabar sebab perlu belajar kaedah tatabahasa baru, bina semula kemahiran komunikasi dan lain-lain. Maka, seperti juga cabaran dalam belajar bahasa Rusia, begitu juga cabaran dalam kata kunci ketiga, iaitu:

  • 3.       Jelajah rentas Siberia


Saya bukan kaki travel dalam erti kata bermusafir terlalu kerap, tapi sekali saya travel memang akan explore habis. Jelajah rentas Siberia merupakan jelajah yang sangat menarik – boleh mengambil masa 18 – 20 hari dari Moscow ke Vladivostok. Mana tahu bertemu jodoh dapat buat kawan baru, warga tempatan, dan lagi menarik sebab kita boleh bercakap dalam bahasanya bukan?

  • 4.       Networking dalam kerja


Bab networking rasanya tak perlu tulis panjang lebar kot. Semua dah tahu dalam kerjaya nanti pasti kita perlukan network yang luas. Dan tak semua orang mampu bertutur dalam bahasa Inggeris.


Jika anda diberi pilihan untuk belajar bahasa baru, apakah bahasa tersebut dan mengapa?

Wan Amirul
17 Zulhijjah 1438 (08/09/2017)

Kulim, Kedah, MY
Share:

0 comments:

Post a Comment